APA ITU CINTA ….?

(Mengenal Cinta menurut padangan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah)

Tanda-tanda cinta yang menjadi pedukung rasa cinta ( mensyarah pada cinta ALLAH ) itu padanya 19 perkara yang perlu kita hayati. Bawalah sifat –sifat ini kepada masyarakat untuk meraih cinta ALLAh dan Rasul.

1. Memanahkan dan menghalakan padangan mata (mata hati) pada yang dicinta.

2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya. Contohnya : menundukkan padangan dalam solat, beradab depan ALLAH swt.

3. Sentiasa mengingati orang yang dicintai dan menyebut-nyebutnya : “Sessungguhnya hamba Ku (yang sebenar) adalah setiap hambaKu yang menyebutKU. Tanda cinta sejati adalah menyebut orang yang dicintai tatlkala senag dan susah”.

4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai : Zuhud paling tinggi adalah menghindari setiap kehendak yang bertentangan dengan kehendak yang dicintai…Bait syair mengungkap “ Kau dehakai Allah dan kau katakan mencintaiNYA, Yang demikian itu adalah mustahil boleh diqiaskan dengan usaha, Andaikan cintamu tulus tentu kau patuh padaNYA, Orang yang mencintai itu tentu patuh kepada yang dicinta”.

5. Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai : Kesabaran di hadapan orang yang dicintai harus pula berubah menjadi ketaatan kepadanya. eg: bersabar dengan susah dan senang yang ALLAh kurniakan kepad kita, bahkan bersyukur dan terus mengaharap kasih saying-NYA. Mengekali sangka baik kepada ALLAH dan tidak berubah pengharapan kepadaNYA.

6. Memerhatikan ucapan orang yang dicintai dan mendegarkannya : Tidak ada sesuatiu yang paling disukai orang yang sedang jatuh cinta selain dari mendegarkan percakapan tentang sesuatu yang dicintai, kerana memang itulah yang dicarinya.

7. Segera menghampiri yang dicintai : Kesibukannya ditinggalkan dan menyukai apappun jalan yang boleh mendekatkannya dengan yang dicintai.

8. Mencintai apapun yang dicintai kekasih : Anas bin malik menyukai labu kerana melihat Nabi saw yang selalu memandang kea rah hidangan labu diatas mangkuk. Maka apa yang ALLAh swt sukai?

9. Serba salah ( resah) jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai : Orang bercinta tidak mempunyai kegembiraan dan keseronokkan kecuali jika bersua dengan orang yang dicintai. Berpisah bererti seksaan baginya.

10. Terkejut dan gementar ketika berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala disebut namanya : Hati manusia tentu mengagungkan kekasihnya dan tunduk kepadanya. Jika didatangi orang yang diagungkannya , tentu badannya akan gementar. Ada pula berpendapat kerana hatinya menjadi mekar dan berbunga-bunga , sehingga darah mengalir dari hati , lalu menjdai dingin dan mengakibatkan gementar bahkan boleh mengakibatkan kematiannya, Yang pasti , ini adalah masalah perasaan yang tentunya sangat susah dikaji dan diteliti sebab – musababnya.

11. Cemburu kepada orang yang dicintai : Kecemburuannya akan meningkat jika kekasihnya dijahati dan dirampas hak. Bagaimana seorang mengaku mencintai ALLAh swt sementara dia tidak cemburu tatakala hak-hak ALLAh dilanggar dan diabaikan? Gambaran orang cemburu yang paling buruk ialah jika diacemburu kerana dorongan hawa nafsu dan kerana bsisikan syaitan , lalu dia cemburu kepada keasihnya dengan cara berbuat sesuak hatinya dan menderhakainya. 

12. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai : korban masa, tenaga dan harta.

13. Menyukai apapun yang menyenangkan orang yang dicintai 

14. Suka menyendiri : contohnya solat tahajut, solat hajat, beristighfar, berzikir dan bertahmid

 
15. Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai : meyakini al-Quran dan As-sunnah.

16. Bernafas panjang dan lebih kerap Kerana : i) Susah dan Sedih hatinya- mengingat kekasihnya ii) Gembira dan senang hatinya- menerima kasih sayang kekasihnya

17. Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan 

18. Adanya kesesuaian dan keserasian antara orang yang mencintai dan dicintai

19. Mencintai tempat dan rumah kekasih :  contohnya Masjid dan Surau

 
#Semoga kita diantara yang mengenal Cinta hakiki dan terus menetapkan iman bahawa “sebelum mencintai apa yg diciptakan, baik kita mengenal SIAPA YANG MENCIPTAKAN”. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: